Hari ini puas makan kerana menu adalah ala kampung. Yalah, dah balik ke kampung. Keluarga hidangkan kari ikan masin, ikan goreng, sambal telur, sambal belacan dengan ulam daun selom.
Setahu saya, selalunya orang memang makan daun selom sebagai ulam saja. Kiranya sebagai bahan penyedap selera.
Tapi saudara memberitahu dengan panjang lebar tentang kebaikan daun selom. Menurutnya selom juga mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam perubatan tradisional.
Daun dan batang selom boleh meredakan beberapa penyakit. Bila terkena penyakit bisul, atau terkena gigitan ular, kala jengking keduanya dijadikan pes dan ditampalkan pada bahagian berkenaan.
Air rebusan selom adalah penawar untuk demam panas dan selsema. Ianya membantu melawaskan air kecil dan air besar. Biji selom pula boleh menjadi penawar bagi mengimbangkan darah dalam saluran darah.