Sunday 16 October 2011

MANFAATKAN POHON SELOM

Hari ini puas makan kerana menu adalah ala kampung.  Yalah, dah balik ke kampung.  Keluarga hidangkan kari ikan masin, ikan goreng, sambal telur, sambal belacan dengan ulam daun selom.

Setahu saya, selalunya orang memang makan daun selom sebagai ulam saja.  Kiranya sebagai bahan penyedap selera.

Tapi saudara memberitahu dengan panjang lebar tentang kebaikan daun selom.  Menurutnya selom juga mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam perubatan tradisional.

Daun dan batang selom boleh meredakan beberapa penyakit.  Bila terkena penyakit bisul, atau terkena gigitan ular, kala jengking keduanya dijadikan pes dan ditampalkan pada bahagian berkenaan.

Air rebusan selom adalah penawar untuk demam panas dan selsema.  Ianya membantu melawaskan air kecil dan air besar.  Biji selom pula boleh menjadi penawar bagi mengimbangkan darah dalam saluran darah.

Sunday 18 September 2011

CEPATNYA MASA BERJALAN

Memang cepat sungguh masa berjalan.  Diam tak diam, Syawal sudah masuk minggu ketiga.  Nak kena puasa enam jugalah mulai esok.  Kalau ikutkan beraya, melepas nanti.

Inilah akibatnya bila asyik memenuhi undangan beraya.  Baik hari kerja, atau hari minggu, ada saja majlis beraya yang mesti dipenuhi.

Kami sekeluarga sudah nekad akan berpuasa sunat Syawal mulai esok hari.  Biarpun ada beberapa undangan Raya, kena puasa juga.

Wednesday 31 August 2011

HARI RAYA

Sempena hari mulia ini, rasanya tidak lengkap jika tidak merakamkan ucap selamat.  Ini khas untuk semua sanak saudara dan kawan rakan.

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday 2 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Bulan Ramadhan tahun ini tiba pada antara bulan yang terpanas.  Rahmat dan ujian mesti diseimbangkan.

SELAMAT BERPUASA

Semoga kita diberkati dengan segala rahmat terbaik.  Amin.

Tuesday 12 July 2011

RASA REDA DAN LEGA

Hari ni baru rasa reda dan lega sebab tiada siapa lagi yang beri ingatan tentang tindakan yang bakal diambil ke atas blogger kerana perkataan tertentu.  Kira boleh la update.

Punya penakut sampai tak berani tak buat N3.  Ada juga kawan yang tertawakan.  Tapi lebih baik la dari tak pasal-pasal kena berurusan dengan pihak berkuasa.

Sunday 19 June 2011

SISTEM KENA GANTUNG!

Semalam aku seharian tak boleh masuk langsung.  Baru jer masuk, kena gantung.  Sampai berapa lama tak juga lepas.  Off-on pun tak jadi!

Agaknya pasal godam-menggodam tu!  Tapi takkan pula ya?  Katanya hanya sistem gomen saja.

Tak tahu la kenapa.  Asyik gantung dan off sendiri saja.  Sampai malam pun gitu juga!  Boringg betul!